Polis England menahan dua lelaki yang disyaki terlibat melakukan kerosakan di lima buah masjid di Birmingham pada Rabu malam.
Pihak berkuasa West Midlands dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua suspek disyaki melakukan perkara itu bermotifkan rasisme.
Suspek pertama berusia 34 tahun menyerah diri di balai polis berhampiran manakala suspek kedua berusia 38 tahun diberkas oleh orang awam.
Identiti kedua-dua suspek itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.
“Kami masih lagi menjalankan siasatan bagi mencari motif utama kejadian.
“Kes ini penting dalam usaha pihak polis mencari motif ke atas dua suspek yang berpotensi mewujudkan perselisihan dan ketakutan kepada orang awam,” kata Ketua Polis West Midlands, Matt Ward.
Terdahulu, ramai saksi mendakwa seorang suspek menggunakan pemukul gendang memecahkan cermin tingkap di dua buah masjid di Birmigham.
Tiga lagi masjid di lokasi sama dilaporkan mengalami kerosakan serupa dan dipercayai angkara perbuatan suspek sama.
Kejadian ini berlaku lima hari selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand sehingga mengorbankan 50 umat Islam dan mencederakan puluhan yang lain sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.
Justeru, pihak polis bertindak meningkatkan kawalan di semua masjid di bandar itu bagi mengelakkan kejadian di Christchurch daripada berulang.
Agensi
Sat Mar 23 2019
Keadaan salah sebuah masjid di Birmingham yang rosak disyaki angkara perbuatan dua suspek lelaki pada Rabu. - Foto Reuters
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.
Wimbledon: Juara perseorangan lima kali, Venus Williams terima wild card
Williams kembali beraksi dalam acara beregu campuran Isnin lalu dengan menewaskan Camila Giorgi di Rothesay Classic di Birmingham.
E-Sukan Komanwel: Wakil Malaysia sambar dua emas
Wakil Malaysia cemerlang dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel apabila mereka memenangi dua pingat emas pagi tadi.
Sukan Komanwel: Air mata Afiq berderai terlepas pingat
Afiq Ali Hanafiah, tidak dapat mengawal emosinya selepas muncul atlet terakhir melepasi garisan penamat dalam final acara 100 meter T11-12, Sukan Komanwel Birmingham.
Kelompok besar atlet berlepas ke Birmingham 2022 malam ini
Kelompok terbesar kontinjen Malaysia berlepas ke London malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Impian Sivasangari ke Sukan Komanwel Birmingham musnah selepas terlibat kemalangan
Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.