Lima terbunuh dan 15 cedera dalam dua serangan bom berasingan di timur wilayah Nangarhar, Afghanistan, pada Sabtu.

Dalam insiden serangan bom di Jalalabad, ibu kota Nangarhar, 12 orang dilaporkan tercedera, melibatkan dua anggota polis trafik dan 10 orang awam.

Terdahulu, serangan di daerah Goshta pada lewat malam Jumaat mengorbankan lima nyawa dan tiga yang lain cedera.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan.

Nangarhar merupakan lokasi aktif bagi kumpulan Taliban dan militan Daish.