Lima terbunuh, tujuh lagi cedera apabila sebuah bom kereta meletup dekat Istana Presiden di sini pada Khamis.

Polis Somalia berkata, bom berkenaan meletup di tempat letak kereta di luar sebuah restoran berhampiran pos pemeriksaan pengawal presiden.

Militan al-Shabab mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Ia berlaku di lokasi yang mempunyai sistem keselamatan paling tinggi di Mogadishu.

Letupan itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh tidak kurang daripada seminggu, selepas kejadian yang menyaksikan 25 nyawa terkorban Khamis lepas.