Kerajaan Singapura pada Sabtu mengarahkan penjualan produk snek kacang keluaran syarikat Malaysia ditarik balik dari pasaran.

Ia susulan aduan seorang pengguna yang menjumpai serpihan logam di dalam bungkusan kudapan itu.

Agensi Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA) dalam kenyataan di laman Facebooknya menyebut bahawa ia telah mengarahkan pengimport produk itu untuk menarik balik produk itu dari pasaran negara tersebut.

“Selepas disiasat, AVA mendapati serpihan logam tersebut datang daripada mesin yang digunakan untuk membuat snek kacang di kilangnya,” menurut kenyataan itu hari ini.