Berita  | Dunia

Lokasi indah tapi sudah meragut nyawa... Ini sekilas maklumat Air Terjun Tiu Kelep

Lokasi indah tapi sudah meragut nyawa... Ini sekilas maklumat Air Terjun Tiu Kelep
Air Terjun Tiu Kelep dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta menjadikan pengunjungnya kelihatan awet muda.
AIR TERJUN Tiu Kelep di Senaru Baru, Lombok Utara menjadi fokus orang ramai apabila gempa berukuran 5.4 skala Ritcher menyebabkan tanah runtuh di kawasan itu, pada Ahad.

Air terjun yang mempunyai ketinggian lebih kurang 45 meter itu merupakan antara pusat pelancongan yang popular di Lombok.

Di sini Astro AWANI kongsikan beberapa fakta tentang Air Terjun Tiu Kelep yang menarik tumpuan pelancong untuk mengunjunginya:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kompas Nusantara (@kompasnusantara) on


Air Terjun Tiu Kelep terletak di atas Air Terjun Sendang Gile di mana aliran air dari kedua-dua air terjun itu akan mengalir ke dalam satu sungai.

Kedua-dua air terjun ini berhampiran antara satu sama lain dan menjadi popular kerana ia berada di tengah-tengah hutan yang terletak di bawah kaki Gunung Rinjani.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Arix Lombok (@arix_lombok) on


Perjalanan ke air terjun tersebut juga merupakan pengalaman yang menenangkan disebabkan udaranya yang sangat sejuk serta pemandangan hutan yang luar biasa.

Menurut penduduk setempat, nama Tiu Kelep diambil dari bahasa Sasak, di mana "tiu" bermaksud kolam, dan "kelep" bermaksud terbang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dombalo_tour_and_trevels (@dombalo_tour_and_) on


Sementara itu, mengikut kepercayaan penduduk tempatan, air terjun ini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta menjadikan pengunjungnya kelihatan awet muda.

Orang tempatan juga percaya bahawa aliran Air Terjun Tiu Kelep akan menjadi lebih deras sekiranya pengunjung bercakap dengan lebih kuat.


TIP KETIKA MENGUNJUNGI AIR TERJUN

- Elak daripada pergi ke kawasan air terjun ketika musim hujan.

- Elak daripada memanjat atau berjalan atas batu yang dekat dengan aliran air terjun.

- Jangan mengganggu flora atau fauna di lokasi terbabit.

- Sentiasa berhati-hati menyimpan barang berharga dan makanan.

- Jangan pergi ke air terjun sendirian.

- Patuh pada arahan jurupandu.

- Jaga kebersihan.

- Jangan tinggalkan sampah atau material yang tidak boleh mereput secara semula jadi.

Tag: lombok, Air Terjun Tiu Kelep, gempa bumi, pelancongan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.