"Saya telah kehilangan seorang kawan baik apabila Charlie menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam pada 11.14 malam."

Itu kata-kata Amber Schofield, 24 tahun, ibu kepada Charlie Proctor dalam status di laman Facebooknya selepas kehilangan anak kesayangannya yang menderita akibat kanser.

Amber turut berkata, Charlie sempat memohon maaf padanya semasa berada dalam pelukannya dan suami, Ben Proctor.

“Ibu maafkan saya ..."

Itulah kata-kata terakhir Charlie kepada Amber dan Ben sebelum dia meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya.


Amber turut berterima kasih kepada anaknya kerana telah memberinya peluang untuk menjadi seorang ibu dan telah memberi inspirasi kepada seluruh negara.

Charlie, 5, tahun menghidap kanser hepatoblastom, kanser hati yang jarang berlaku, sejak 2016.

Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di kediamannya pada Jumaat lalu.

Amber dan suaminya juga telah berusaha untuk mencari dana sebanyak RM4.6 juta bagi Charlie melakukan pemindahan organ di Amerika Syarikat.