GARA-GARA memiliki beberapa bahan seksual terhadap kanak-kanak dipercayai gambar di telefon bimbitnya, seorang pelajar dari China ditahan di Lapangan Terbang Melbourne, Australia.

Mahasiswa berusia 22 tahun itu dikatakan menaiki pesawat dari Guangzhou menuju ke Melbourne terpilih secara rawak untuk diperiksa bagasi dan telefon bimbit oleh pegawai Australian Border Force (ABF).

Malah visa pengajian mahasiswa itu turut dibatalkan dan dia kemudiannya dibawa ke pusat tahanan.

Pemangku Komander Serantau ABF, Craig Palmer berkata, kesalahan itu tidak boleh diterima dalam kalangan masyarakat Australia.

"Sesiapa yang memiliki tabiat seperti ini wajar bersedia untuk ditangkap dan didenda.

"ABF komited untuk mengesan dan menjalankan siasatan ke atas individu terlibat," katanya dalam kenyataan lapor Dailymail.co.uk.