Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman kepada lebih 160 penyokong bekas presiden republik itu, Mohamed Morsi, menurut sumber guaman.

Mereka didapati bersalah mengambil bahagian dalam protes berunsur keganasan, dan menyerang pihak keselamatan pada 16 Ogos lalu di Kaherah.

Selain itu mereka juga ditahan kerana terlibat dalam kumpulan haram, Muslim Brotherhood.

Kerajaan Mesir yang diperintah oleh tentera itu telah memberkas ribuan penyokong Morsi dan meletakkan mereka pada perbicaaan beramai-ramai sejak Julai tahun lalu.

Mahkamah di Kafr El-Sheikh juga telah menghukum enam lagi individu dengan hukuman setahun penjara.

Bagaimanapun sumber guaman juga memaklumkan bahawa 132 individu yang akan dibacarakan Ahad ini turut didenda 1,000 pound Mesir (RM453) setiap seorang.