Malaysia, Indonesia dan juga Thailand akan terlibat dalam usaha untuk memerangi ancaman terkini terhadap industri kelapa sawit susulan Parlimen Eropah telah mengaitkannya dengan penebangan hutan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu tersebut, yang telah dibangkitkan oleh beliau mendapat sokongan yang kuat daripada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Resolusi oleh Parlimen Eropah baru-baru ini menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk menghentikan penggunaan minyak sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 yang didakwa dihasilkan dengan cara yang tidak mampan dan membawa kepada penebangan hutan. Resolusi itu termasuk minyak sawit.
"Jika resolusi ini dikuatkuasakan, ia akan membawa kesan yang amat buruk kepada kepentingan negara kita, khususnya 600,000 pekebun kecil di Malaysia dan 2.4 juta di Indonesia," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2017 di sini.
"Presiden Jokowi melahirkan sokongan yang kuat bagi cadangan Malaysia, Indonesia dan juga Thailand terlibat dalam usaha untuk memerangi ancaman terbaharu ini.
"Dan untuk itu, kita cuba mempengaruhi EU supaya tidak menguatkuasakan resolusi ini kerana kesannya, pasaran EU akan tertutup bagi minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia," katanya.
Najib berkata beliau turut mencadangkan usul agar ASEAN melaksanakan kaedah kad skor untuk menentukan langkah dan tempoh masa bagi penurunan Halangan Bukan Tarif (NTB) dan Langkah Bukan Tarif (NTM) dapat dicapai.
NTB dan NTM telah meningkat daripada 1,634 pada 2000 kepada 5,975 pada 2015.
"Ia adalah peningkatan yang begitu ketara," katanya.
Ditanya mengenai langkah-langkah Malaysia, beliau berkata ia tidak boleh hanya melibatkan Malaysia tetapi setiap negara perlu menyahut saranan mengurangkan NTB dan NTM secara positif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjabat dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) dan Perdana Menteri Thai Prayut Chan-o-cha (kanan) selepas mempengerusikan Persidangan IMT-GT Ke10 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30. - Foto Bernama
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.