Diklasifikasikan sebagai perhimpunan yang diharamkan di Malaysia, Bersih 4 turut mengambil tempat di beberapa buah bandar lain di seluruh dunia.

Menurut Kementerian Luar, pihaknya akan mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan haram Bersih 4 di luar negara, untuk tindakan undang-undang diambil ke atas mereka selepas itu.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemantauan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dan identiti mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan.

Hashtag #GlobalBersih digunakan bagi berkongsi foto dan situasi di lokasi-lokasi berbeza.

Malah, akaun Twitter rasmi @globalbersih turut diwujudkan bagi memudahkan perkongsian.

KLIK GALERI FOTO: #Bersih4 setakat pukul 5 petang (18 foto)

IKUTI LAPORAN LANGSUNG: #Bersih4: Perhimpunan kekal aman setakat ini

Antara bandar yang terbabit mengadakan perhimpunan ini ialah Melbourne, Perth dan Sydney di Australia, Auckland dan Wellington di New Zealand, Taipei, Taiwan, Arizona, Amerika Syarikat dan Tokyo, Jepun.



































Mengikut senarai lokasi yang tersebar di laman sosial, terdapat lebih 30 bandar di seluruh dunia yang menjadi tempat berkumpul untuk Bersih 4.

Selain daripada itu, agensi media antarabangsa seperti TIME, Al-Jazeera, Reuters dan BBC juga membuat liputan perhimpunan tersebut.