Mangsa taufan Haiyan kini berhadapan risiko penyakit colera, hepatitis, dyrea coad,(sesak nafas), demam panas dan pelbagai simptom penyakit pasca bencana.

Pegawai Perubatan Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Dr Zikri Zainal berkata, ia sekali gus boleh membawa maut jika tidak tidak dirawat dengan segera.

"Mangsa taufan tidak sedar mereka berhadapan risiko besar diserang penyakit sekarang. Ia boleh dicegah jika mereka mempunyai kesedaran dan tahu langkah kesihatan yang betul," ujarnya.

Dr Zikri merupakan antara pegawai perubatan yang sering mengikuti misi kemanusiaan KP1M.

Berita lanjut menyusul