Sebuah masjid di Ireland mengalami kerosakan teruk selepas menjadi sasaran vandalisme.

Kumpulan Persatuan Ahmadiyya Islam mengesyaki serangan di Masjid Maryam di bandar barat Galway itu didalangi kumpulan tempatan berhaluan kanan.

"Bukan hanya tingkap dan kunci masjid itu dirosakkan malah peralatan kamera keselamatannya turut dicuri. Pejabat Imam Ibrahim Noonan juga dirosakkan.

"Mereka melarikan peralatan keselamatan itu kerana mahu menyembunyikan perbuatan mereka.

"Ia menunjukkan tahap perancangan yang terperinci," jelas laporan Irish Times.

Menurut imam masjid itu, dia menerima ugutan tentang serangan tersebut daripada seorang pemanggil tidak dikenali kira-kira tiga bulan lalu.

"Menerusi panggilan itu, turut menyebut dua kumpulan berhaluan kanan terkenal di negara itu," katanya.

Difahamkan, ia adalah serangan kedua sejak Masjid Maryam dibuka pada 2014.