*

Berita  |  Dunia

Maszlee: Keadaan di Mesir akan bertambah teruk jika tiada campur tangan luar

KUALA LUMPUR: Pertumpahan berdarah di Mesir akan menjadi lebih buruk sekiranya tiada campur tangan daripada pihak luar.

Ini adalah pendapat Penganalisis Politik Asia Barat Dr Maszlee Malek selepas Mesir mengisytiharkan darurat selama sebulan ekoran keganasan yang tercetus di negara itu berikutan tindakan keras ke atas penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

"Sokongan terhadap Morsi semakin meningkat. Saya yakin selepas ini sokongan terhadap Morsi akan meningkat lagi dan mereka (penyokong Morsi) terpaksa menghadapi keganasan yg teruk dari rejim jika pihak luar tidak campur tangan," katanya.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.