Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyiasat punca yang mendorong seorang kakitangan penerbangan mencuri dan menerbangkan sebuah pesawat tanpa penumpang dari Lapangan Terbang Seattle sebelum ia terhempas.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Richard Russel, seorang mekanik berusia 29 tahun yang cuba membunuh diri dan bertindak bersendirian.

Russel terbunuh dalam nahas membabitkan pesawat Bombardier Q400 berkenaan.

Saksi kejadian memberitahu semasa penerbangan, Russel berinteraksi dengan pengawal trafik udara dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Menurut FBI dalam satu kenyataan, ia akan lebih menjalankan penyiasatan merangkumi latar belakang Russel dan mengkaji setiap aspek insiden ini dengan semua pihak yang berkaitan.