Berita  | Dunia

Memandu dalam keadaan khayal, pengantin ditahan pada hari perkahwinan

Memandu dalam keadaan khayal, pengantin ditahan pada hari perkahwinan
Menurut laporan people.com, Amber yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya ditahan polis selepas memandu dalam keadaan khayal sehingga mengakibatkan kemalangan. - Foto AP
TUSCON: Seorang pengantin wanita ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah selepas terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya.

Amber Young, 32, yang memandu sendirian melanggar tiga kereta semasa dalam perjalanan pada Isnin lalu di Marana, selatan Arizona, Tucson.

Menurut laporan people.com, Amber yang memakai gaun pengantin dimasukkan ke dalam kereta polis dalam keadaan tangan bergari.
Jurucakap polis Marana, Sarjan Chriswell Scott berkata, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan tersebut.

"Jangan memandu dalam keadaan khayal, kerana tiada apa yang boleh dibantu jika berlaku kematian,” tambahnya.

Sementara itu menurut laporan kvoa.com, bakal pengantin itu dibenarkan menghadiri majlis perkahwinannya selepas dijamin oleh tunangnya dengan syarat harus menandatangani perjanjian untuk hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, netizen turut memberi komen di Twitter tentang tindakan bahaya yang dilakukan oleh Amber.