Menara Eiffel dibuka semula kepada orang awam pada pagi Selasa waktu tempatan selepas ditutup sementara semalam gara-gara tindakan seorang lelaki memanjat mercu tanda terkenal itu.

Kenyataan itu disiarkan di lama Twitter melalui La tour Eiffel.

Anggota unit khas penyelamat dan polis pada Isnin berjaya memujuk lelaki tidak dikenali itu untuk turun dari menara berkenaan.

Dia kemudian ditahan pihak berkuasa.

Tindakan berani lelaki berkenaan menyebabkan mercu tanda yang merupakan tumpuan pelancong seluruh dunia itu ditutup.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Menara Eiffel pada Isnin sedia membayar semula tiket untuk memasuki Menara Eiffel itu.

Tindakan lelaki berkenaan bukanlah kali pertama berlaku kerana perkara sama pernah dilakukan seorang lelaki yang dikenali sebagai James Kingston.

Lebih menggerunkan, Kingston ketika memanjat menara berkenaan tidak menggunakan alat keselamatan.

Menara Eiffel mempunyai ketinggian 324 meter atau bersamaan dengan bangunan 81 tingkat.