Bila bercerita tentang Pisa di Itali, pastinya akan terlintas mengenai menara condong.

Namun, selepas lebih daripada dua dekad usaha untuk meluruskannya, para jurutera mengatakan menara loceng Tuscan yang terkenal ini telah dilihat sedikit menegak empat sentimeter (1.57 inci).

Keadaan baharu itu disifatkan lebih baik dan selamat dari segi strukturnya sekali gus menjaga kekukuhan Menara Pisa.

Agensi berita ANSA memetik seorang perunding kepada jawatankuasa antarabangsa yang memantau kecenderungan, Nunziante Squeglia, sambil mengatakan bahawa pemulihan kecondongan progresif adalah suatu berita baik.

Menara itu dilihat sedikit menegak.

Katanya, apa yang penting adalah kestabilan dan kekukuhan struktur keseluruhan menara itu.

Menara abad ke-12 dibuka semula kepada orang ramai pada tahun 2001 selepas ditutup selama lebih dari satu dekad untuk membiarkan pekerja mengurangkan kecondongannya.