Menteri Pertanian Paraguay, Luis Gneiting maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di sempadan Argentina, pada Rabu malam.

Turut terkorban dalam nahas itu adalah Timbalan Menteri Ternakan, Vicente Ramirez, juruterbang Gerardo Lopez dan seorang penjawat awam, Luis Charotti.

Pesawat ringan enjin berkembar itu berlepas dari bandar nelayan Ayolas, tengah hari Rabu namun terhempas tidak lama kemudian, hanya lapan kilometer dari lapangan terbang.

"Tiada yang terselamat dalam nahas ini," kata Roque Gonzalez, seorang daripada anggota penyelamat.

Menurut sumber, Gneiting ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas melawat ibunya yang sakit tenat.

Ibu mendiang bagaimanapun meninggal dunia pada Khamis, beberapa jam selepas anaknya maut dalam nahas terbabit.

Punca kejadian masih dalam siasatan. - Agensi