Sebuah helikopter dilaporkan terhempas dan mengorbankan tujuh orang termasuk Menteri Pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Tehrathum, Nepal.

Selain Rabindra, helikopter Air Dynasty itu turut membawa enam penumpang lain iaitu pegawai penerbangan, Ang Tsering Sherpa, usahawan, Yubaraj Dahal, pembantu peribadi Perdana Menteri, Khadga Prasad Sharma Oli dan Timbalan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Nepal,Birendra Prasad Shrestha.

Helikopter itu dilaporkan gagal dikesan sebelum penduduk Pathibara membuat laporan kepada polis selepas melihat satu kebakaran di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dan Majlis Menteri mengarahkan satu mesyuarat kabinet tergempar diadakan susulan kejadian itu.