PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menjadi tumpuan dunia.

Seperti sebelum ini, dia sekali lagi mencipta kontroversi apabila memuat naik satu tweet berkenaan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.

Dalam status itu, Trump seolah-olah 'merajuk' apabila mengetahui Jong-un memanggilnya dengan gelaran 'orang tua'.


Kata Trump, dia tidak akan sekali-kali memberi gelaran yang tidak sepatutnya kepada pemerintah tertinggi Korea Utara itu.

"Saya tidak akan sekali-kali memanggilnya gemuk dan pendek.

"Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi kawannya. Mungkin satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan," tulis Trump.

Lebih menyedihkan, kata Trump, dia berusaha untuk menjalin persahabatan dengan Jong-un, namun reaksi sedemikian mengecewakannya.

Tweet berkenaan dianggap sangat melucukan malah ramai yang melihat ia tidak ubah seperti dua kanak-kanak yang sedang bergaduh.







Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan menyifatkannya sebagai satu 'lawatan si ketua peperangan', selain menggelarkan Trump dengan gelaran dotard, satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud 'orang tua'.