Dasar migran Kesatuan Eropah (EU) sekali lagi menjadi perhatian, apabila mencetuskan pertikaian antara Canselor Jerman Angela Merkel dengan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Bercakap pada sidang akhbar selepas perbincangan dengan Orban di Berlin, Merkel mengatakan Hungary "tidak merasa bertanggungjawab" terhadap migran yang mungkin akan kembali ke sempadan Jerman, kerana mereka pertama kali memasuki EU melalui negara anggota lain.
Sebaliknya, Budapest berpendapat negara lain di sempadan Schengen seperti Greece, perlu menerima migran dan mendaftarkan mereka secara rasmi.
Merkel yang tidak sependapat dengan Orban berkata, kerajaan Jerman merasakan tidak wajar Eropah seolah menarik diri daripada permasalahan migran, dengan menerima pakai dasar penghijrahan negara yang ketat.
Tegas beliau, kerajaan Jerman dan Hungary bersetuju dengan keperluan mendesak untuk mempertingkatkan perlindungan di sempadan luar EU dan usaha yang lebih komprehensif bagi memerangi punca penghijrahan.
Hungary adalah anggota EU yang menerima bilangan migran paling rendah dan tegas membantah terhadap rancangan untuk pengagihan pelarian yang lebih banyak.
Sementara itu, Orban merasakan tidak adil untuk menuduh Hungary kurang semangat perpaduan, hanya kerana jumlah migran yang agak sedikit diterima negara itu.
Beliau berkata, langkah pertahanan sempadan yang diambil Budapest di bahagian selatan telah membantu melepaskan Jerman daripada "beban yang besar" semasa krisis pelarian Eropah.
Pertemuan antara Merkel dan Orban itu merupakan perbincangan empat mata yang pertama membabitkan kedua-dua pemimpin dalam tempoh dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Angela Merkel dan Viktor Orban berjabat tangan selepas bercakap kepada media di Berlin, Jerman, 5 Julai, 2018. REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.
Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Olaf Scholz secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.
COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.
COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.
COVID-19: Angela Merkel rayu rakyat Jerman segera dapatkan vaksin
Ini kerana, kata Merkel, kadar jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah angka baharu tertinggi dengan bilangan korban turut meningkat.
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit berdasarkan kepada maklumat palsu
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar.
Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman bakal kenakan caj ujian COVID-19 kepada yang enggan terima vaksin
Tiada lagi ujian saringan COVID-19 percuma untuk golongan yang enggan menerima vaksin, kata Canselor Angela Merkel pada Selasa.