Berita  | Dunia

Mesir siasat pasangan panjat Piramid Giza dan berbogel

Mesir siasat pasangan panjat Piramid Giza dan berbogel
Tindakan mendaki piramid itu juga adalah satu kesalahan mengikut undang-undang Mesir apatah lagi melakukan aktiviti yang bertentangan dengan moral masyarakat negara itu yang konservatif.
KAHERAH: Video sepasang warga asing yang bertindak berbogel di puncak piramid Giza nyata mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga Mesir.

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan pasangan berkenaan bertindak memanjat piramid itu pada waktu malam sebelum menanggalkan pakaian mereka sambil berpelukan dan berlatar belakangkan bandaraya Kaherah.
Menteri Antikuiti Mesir Khaled Al-Anani dalam kenyataannya memandang serius kes berkenaan dan mahu siasatan segera dilakukan oleh peguam negara.

Tindakan mendaki piramid itu juga adalah satu kesalahan mengikut undang-undang Mesir apatah lagi melakukan aktiviti yang bertentangan dengan moral masyarakat negara itu yang konservatif.