Keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan.

Kementerian Luar Negara dalam satu kenyataan menyuarakan pentingnya pertubuhan itu mengambil tindakan kepada pihak bertanggungjawab yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan tuntutan akauntabiliti secara kolektif dari Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

"Tindakan tegas daripada Majlis Keselamatan PBB ini adalah sebagai satu mesej kepada negara-negara lain bahawa tindakan pihak yang bertanggungjawab serangan menembak jatuh pesawat awam itu adalah satu perkara yang tiada kompromi.

"Penubuhan tribunal pada peringkat ini juga konsisten dengan amalan Majlis Keselematan itu sendiri di mana semua komuniti ad hoc mahkamah jenayah dan tribunal telah ditubuhkan sebelum siasatan selesai," tambah Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan tribunal bebas daripada Majlis Keselamatan PBB sebelum siasatan jenayah pesawat MH17 selesai akan menjamin tribunal itu sebagai sebuah pertubuhan yang neutral.

BACA: Malaysia, Belanda mahu tribunal PBB ditubuhkan siasat dalang nahas MH17

Dalam kenyataan tersebut turut menyebut, pelantikan hakim, pendakwa raya dan registar akan dilakukan oleh Setiausaha Agung PBB.

Pesawat komersil MH17 ditembak jatuh pada Julai tahun lalu dengan kesemua 298 penumpang di dalam pesawat maut termasuk dua pertiga daripadanya warga Belanda.

Ia terhempas di wilayah bergolak Ukraine yang dikuasai puak pemisah.

Ukraine dan negara barat menuduh puak pemberontak di timur Ukraine menembak jatuh pesawat itu menggunakan roket darat ke udara buatan Russia, tetapi disangkal Moscow yang menuding jari kepada Russia sebagai bertanggungjawab membekalkan roket antipesawat SA-11 BUK kepada kumpulan pemberontak Ukraine.

Berikutan itu, Malaysia optimis untuk dapat menubuhkan satu tribunal di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempercepat siasatan nahas pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 walaupun cadangan itu ditolak Rusia.

Namun pertubuhan tribunal antarabangsa untuk mendakwa suspek menembak jatuh pesawat itu 17 Julai lalu mendapat tentangan Rusia pada 10 Julai yang lalu.

BACA: Rusia tentang tubuh tribunal antarabangsa untuk MH17