Rusia melahirkan rasa amat meragui tujuan serta matlamat siasatan yang dikendalikan oleh pasukan penyiasat Belanda berhubung tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) tahun lalu.
Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan pada Selasa mempertikaikan hasil siasatan yang diketuai oleh Belanda itu di mana pasukan itu dilihat berhadapan masalah persepsi, sekaligus berkata siasatan itu harus diteruskan.
"Masih terdapat keraguan yang serius di mana sepatutnya matlamat utama dalam siasatan yang dijalankan di Belanda itu adalah untuk mencari sebab sebenar di sebalik nahas tersebut dan bukan mengemukakan tuduhan terlebih dahulu," kata jurucakap kementerian tersebut.
Penyiasat nahas udara merumuskan pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu (BUK) buatan Rusia yang ditembak dari kawasan konflik di timur Ukraine.
Bagaimanapun, siasatan yang diketuai Belanda itu tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, pembuat BUK dari Rusia, Almaz-Antey berusaha menafikan dakwaan yang dilaporkan dalam siasatan tersebut.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, berkata pasukan penyiasat telah mengabaikan hasil kajian oleh Almaz-Antey dan tidak ke Rusia untuk meneliti kesimpulan yang dibuat syarikat itu walaupun telah dijemput.
"Pakar Rusia tidak pernah mendapat akses terhadap semua bahan yang berada dalam siasatan," katanya sambil menyenaraikan beberapa lagi isu yang wujud.
Tambah Zakharova, pakar Rusia akan meneliti laporan yang dikeluarkan oleh Belanda pada masa sama mahu siasatan itu diteruskan.
"Pada dasarnya, kami telah bersedia untuk melakukan siasatan ini," katanya.
Moscow juga menegaskan Ukraine sepatutnya menutup ruang udara di timur negara itu dimana ia menjadi medan pertelagahan antara pihak berkuasa Ukraine dengan puak pemisah pro-Kremlin.
Ukraine dan negara Barat menuduh pesawat penumpang itu telah ditembak oleh peluru berpandu yang diberi oleh Rusia kepada pihak pemisah, namun ia dinafikan Moscow.
AFP
Wed Oct 14 2015
Rusia berkata pasukan penyiasat telah mengabaikan hasil kajian oleh Almaz-Antey dan tidak ke Rusia untuk meneliti kesimpulan yang dibuat syarikat itu walaupun telah dijemput. - Gambar Fail
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.
Tiga cedera dalam insiden tembakan di karnival musim panas di Rotterdam - Laporan
Dua kejadian tembakan berlaku di karnival tahunan musim panas di Rotterdam, dengan satu daripada insiden menyebabkan tiga orang cedera termasuk penyerang.