Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penting buat rancangan infrastrukturnya yang menjangkakan perbelanjaan AS$1.5 trillion selama sedekad untuk membina semula jalan raya dan lebuhraya.

Rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempennya tetapi dikatakan terlalu bergantung kepada belanjawan negeri dan kerajaan tempatan untuk direalisasikan.

Trump telah bertemu lapan governor dan beberapa pegawai di peringkat negeri untuk mendapatkan sokongan mereka bagi rancangan tersebut.

Rancangan tersebut yang mempunya 55 muka surat menumpukan kepada pembaikan semula infrastruktur penting bagi AS seperti jalan raya, lebuhraya, pelabuhan dan juga lapangan terbang.

Trump sebelum ini telah berulangkali menyalahkan keadaan infrastruktur yang semakin teruk sebagai sebab utama ekonomi AS gagal mencapai potensinya.

Ramai di Washington percaya Trump sepatutnya memulakan penggalnya dengan menumpukan kepada infrastruktur namun pentadbiran Trump memilih untuk memulakan dengan khidmat kesihatan.