Misi bantuan kecemasan Syria musim sejuk dimulakan dengan penghantaran bantuan untuk pendidikan, ekoran sistem pendidikan yang hampir lumpuh kerana keadaan huru-hara akibat perang saudara yang berlaku.
Rata-rata sekolah yang pernah dibangunkan sebelum ini kini telah menjadi pusat penempatan pelarian selain musnah akibat serangan yang berlaku.
Kebanyakan generasi baru Syria dalam lingkungan umur 6 hingga 17 tahun tiada pendidikan formal diberikan.
Atas keperluan ini, pihak MAPIM dgn kerjasama Malaysia Life Line For Syria telah menggerakkan tabung sumbangan sejak awal tahun lalu dalam usaha membantu menghidupkan semula sistem pendidikan di sini.
Untuk itu, kerjasama erat dengan kerjasama badan bukan kerajaan tempatan membolehkan pengaktifan semula pendidikan untuk anak-anak ini.
Dalam hal berkaitan, usaha mengaktifkan semula sistem pendidikan tempatan dimulai dengan mewujudkan beberapa pusat pengajian Al Quran.
Kira-kira 25 pusat pengajian nurul islam telah dibangunkan untuk mendidik lebih 500 pelajar yang meliputi 12 kawasan utama sekitar pinggiran bandar Aleppo.
Memandangkan musim sejuk yang paling buruk melanda bumi Syria kali ini, alat pemanas antara yang diberi perhatian.
Hampir kesemua alat pemanas untuk pusat pengajian yang bernilai RM700 telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui MAPIM dan juga MLLFS.
Guru muda yang ditemui masing-masing memberi respon gembira dengan sumbangan tersebut, malah ada yang menyifatkan ia melancarkan pengajian pelajar mereka ketika musim sejuk.
Hilal Azmi
Fri Jan 17 2014
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Sari Nuar Tan tinggalkan legasi dalam pembangunan pendidikan, ekonomi Sabah - Hajiji
Mendiang Datuk Seri Sari Nuar Tan telah meninggalkan legasi cemerlang dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.
Tahap kebahagiaan Malaysia melepasi tahap purata kebahagiaan global - Ipsos
Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus.
KPM, agensi perlu mampu atasi keciciran pelajaran tanpa bergantung kepada orang politik - Penganalisis
KPM dan agensi-agensi di bawahnya perlu mampu bertindak sendiri dengan menggunakan data-data sedia ada untuk mengatasi isu keciciran pelajaran.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan empat intervensi kurikulum bagi menangani isu keciciran pembelajaran.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.