Misteri buah oren bertukar menjadi ungu yang tercetus awal bulan lepas dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa setelah mendapat aduan daripada seorang wanita tentang insiden pelik yang menimpa anak lelakinya yang berusia dua tahun semasa memakan buah oren tersebut.

Menurut ketua ahli kimia Queensland,Steward Carswell insiden itu berpunca dari tindak balas semulajadi yang berlaku antara buah dengan pisau yang tajam.

Keputusan menunjukkan antosianin, antioksida semula jadi dalam buah oren yang telah bertindak balas dengan zarah besi daripada pisau yang baru diasah dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

"Ini pertama kali saya melihat kejadian seperti ini dan berharap ia tidak memberi kesan buruk kepada anak saya, tetapi dia dalam keadaan baik-baik saja dan ini bukannya drama," kata Puan Moffit tentang kejadian berkenaan.