Pengumuman Hadiah Nobel membuka tirai dengan menyaksikan momen yang cukup indah apabila tiga penyelidik berkongsi Hadiah Nobel Perubatan di atas kejayaan penemuan bagaimana sel mengesan kewujudan oksigen.

Menurut panel juri badan pengurus anugerah itu, Nobel Assembly dua penyelidik Amerika Syarikat (AS), William Kaelin dan Greeg Semenza serta seorang penyelidik Britian, Peter Ratcliffe dinobatkan anugerah tersebut.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bertiga turut berkongsi jumlah Hadiah Nodel sebanyak 9 juta krona Sweden (RM3.83 juta).

“Mereka berjaya membuktikan untuk pemahaman kita bagaimana jumlah oksigen mempengaruhi metabolisme dan fungsi fisiologi.

“Kajian mereka membuka jalan untuk beberapa strategi baharu menangani anemia, kanser dan banyak penyakit lain,” demikian katanya dalam majlis penganugerahan tersebut pada Isnin.


Jelas Assembly, ketiga-tiga pemenang berjaya mengenalpasti mekanisme molekul dalam pengawalan aktiviti genetik terhadap tindak badan dalam pelbagai tahap oksigen yang penting kepada kebanyakan penyakit.

“Banyak usaha dalam makmal akademik atau syarikat farmaseutikal tertumpu kepada pembangunan ubat yang boleh campur tangan dalam peringkat berlainan penyakit sama ada dengan mengaktifkan atau menyekat mekanisme pengesan oksigen,” tambahnya panel juri itu.

Selepas pengumuman Hadiah Perubatan Nobel, ia seterusnya diikuti hadiah bagi fizik yang dijadual pada Selasa, kimia pada Rabu, kesusasteraan pada Khamis dan ekonomi pada 14 Oktober ini.

Sementara Hadiah Keamanan akan dianugerahkan di Oslo, Jumaat ini.

Bagi Hadiah Keamanan, Jawatankuasa Nobel Norway, cuma mendedahkan ia menerima 301 pencalonan tahun ini.