Tutup

Berita  | Dunia

Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang

Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang
Kanada menahan Wanzhou pada 1 Disember atas arahan AS, diikuti kenyataan amaran oleh China yang menggesa beliau dibebaskan. - Gambar hiasan
HUBUNGAN Amerika Syarikat (AS) dan China semakin meruncing selepas Jabatan Keadilan AS membuka kertas pertuduhan terhadap gergasi teknologi Huawei.

Pengumuman itu dibuat di Washington di mana AS akan mengemukakan permohonan rasmi ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, dari Kanada.

AS berkata, Huawei dituduh menipu sistem dalam sekatan terhadap Iran dan mencuri maklumat rahsia dari T-Mobile AS.

23 pertuduhan dikemukakan pihak pendakwaraya, termasuk mendakwa Huawei memperdaya pihak bank untuk mengesahkan transaksi antara syarikat itu dan Iran.
Sehubungan itu, Wanzhou dihadapkan ke mahkamah Kanada bagi menyemak kembali terma jaminan beliau sementara menunggu permohonan rasmi ekstradisi AS.

Wanzhou kini berada di Kanada dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu selepas diikat jamin dari tahanan sebelum ini.
Perkembangan terbaharu ini dijangka mengganggu proses rundingan perdagangan AS dan China yang sedang berlangsung kini.

Pemerhati menyifatkan ‘perang dagangan’ dua negara akan bertambah buruk sekali gus menjejaskan sentimen pasaran dan ekonomi dunia.

Kanada menahan Wanzhou pada 1 Disember atas arahan AS, diikuti kenyataan amaran oleh China yang menggesa beliau dibebaskan.