Enam terbunuh termasuk kakak kepada Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dalam nahas helikopter yang terhempas pada Sabtu, lapor pihak tentera negara itu.

Hilda Hernadez, 51, adalah juga penasihat kepada abangnya yang kini bergelumang dengan ketidaktentuan politik selepas selesai pilihan raya negara itu pada 26 November lalu.

Hilda sebelum ini adalah bekas setiausaha komunikasi kepada kerajaan.

Usaha untuk mencari bangkai helikopter jenis Eurocopter AS350 Ecureuil itu digerakkan sejurus mendapat laporan nahas dan apabila ditemui tiada penumpang yang didapati selamat.

Pihak tentera kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca nahas terbabit.