Indonesia mengarahkan pemeriksaan penuh ke atas pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan nasionalnya.

Pegawai Kementerian Pengangkutan mengesahkan pemeriksaan ke atas pesawat Garuda dan Lion Air sudah bermula pada Selasa.

Ketika ini, sebanyak 11 pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 digunakan oleh Lion Air, dan Garuda, satu.

Arahan pemeriksaan dikeluarkan sehari selepas pesawat Lion Air JT610 terhempas, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya pada pagi Isnin.

Boeing 737 MAX 8 merupakan model yang baru dilancarkan tahun lalu.

VIDEO: Kronologi nahas pesawat Lion Air JT610

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Lion Air

BACA: Pesawat Lion Air JT 610 layak terbang

Sementara itu, pesawat yang terlibat dalam nahas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat itu, baharu sahaja diselenggara beberapa bulan lalu.

Tiada sebarang maklumat lanjut diperoleh mengenai keputusan pemeriksaan tersebut.