Tutup

Berita  | Dunia

Nahas pesawat Cessna ragut 4 nyawa

Nahas pesawat Cessna ragut 4 nyawa
Empat orang dilaporkan maut apabila pesawat Cessna 182 yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan Amazon di Ecuador. -Wikipedia
QUITO: Empat orang dilaporkan maut apabila pesawat Cessna 182 yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan Amazon di Ecuador.

Menurut pihak berkuasa penerbangan awam, ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang dan tiga penumpang.
Siasatan ke atas nahas sudah dilancarkan namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kelmarin berhampiran sempadan Morona Santiago dan Zamora Chinchipe di bahagian tenggara Ecuador.
Anggota tentera dan pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat susulan operasi mencari yang dilakukan semalam.