Tutup

Berita  | Dunia

Nahas pesawat di Sudan, 20 maut

Nahas pesawat di Sudan, 20 maut
Pesawat terhempas di sebuah tasik di Sudan Selatan, 9 Sept, 2018 dalam gambar yang diperolehi dari media sosial. RADIO MIRAYA/via REUTERS
JUBA: Sebuah pesawat kecil terhempas ke dalam sebuah tasik di Sudan Selatan pada Ahad, mengorbankan 20 nyawa.

Nahas terjadi ketika pesawat dengan 19 tempat duduk itu dalam perjalanan dari ibu negara, Juba, ke bandar Yirol.

Hanya empat mangsa terselamat, dua daripadanya kanak-kanak.

Pesawat itu dilaporkan sedang melakukan pendaratan ketika kabus tebal.
Mangsa termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, serta anggota petugas Palang Merah.