Kedutaan China di Nepal sedang giat membantu siasatan bersama pihak Nepal berhubung nahas udara terburuk negara itu pada Isnin apabila sebuah pesawat milik Bangladesh terhempas dan terbakar berhampiran lapangan terbang Kathmandu.

Daripada 71 penumpang menaiki pesawat, Kementerian Luar Nepal mengesahkan angka korban kini meningkat kepada 51, termasuk 22 rakyat Nepal, 28 Bengali dan seorang rakyat China.

Kedutaan China di sana serta merta menubuhkan unit perlindungan protokol bagi memantau perkembangan rakyatnya yang terbabit nahas serta membantu ahli keluarga yang terlibat.

Sementara itu kerajaan Bangladesh turut menghantar wakil kanan kerajaan ke Kathmandu bagi memastikan jumlah korban selain membantu siasatan dengan pihak Nepal.

Rakaman perbualan antara menara kawalan dan juruterbang mendapati terdapat kekeliruan berhubung landasan mana yang perlu dilalui pesawat terbabit.

Saksi pula memberitahu pesawat US-Bangla Airways itu secara tiba-tiba menukar haluan sebelum terhempas.