Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence telah mengadakan lawatan pra-Hari Natal ke Afghanistan untuk menziarahi tentera Amerika yang berada di negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber pada Jumaat.

Beliau sempat bertemu Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan membincangkan pelbagai topik pada Khamis malam.

Mereka mengadakan perbincangan yang produktif bagi mengesahkan perkongsian strategik yang terjalin sejak sekian lama antara Kabul dan Washington serta membincangkan keselamatan di Afghanistan dan di rantau tersebut.

Pembesar asing biasanya akan mengadakan lawatan mengejut ke kem tentera di Afghanistan dan kembali ke negara asal secara rahsia kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

-- BERNAMA