Notis Kedutaan Besar Malaysia Jakarta

Media tempatan melaporkan akan terdapat perhimpunan massa di tempat awam tertentu pada hari Jumaat, 19 April 2019.

Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui siaran berita tempatan dan elakkan daripada mempercayai maklumat yang diragui kesahihannya.

Selain itu, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mengelak daripada berada di lokasi perhimpunan bagi menghindari kesesakan orang ramai dan lalulintas. Sila patuhi sebarang arahan pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Indonesia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62215224947 (waktu pejabat), +6281380813036 (selepas waktu pejabat) atau emel di [email protected]. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mengikuti kami di laman Facebook @EmbassyMalaysiaJakarta atau Twitter @MYEmbJKT untuk sebarang maklumat terkini. Pendaftaran dengan Kedutaan boleh dibuat melalui pautan berikut: goo.gl/ixYVfy

Kedutaan Besar Malaysia
JAKARTA

18 April 2019