NEGARA-NEGARA Barat yang maju lebih unggul dari segi ekonomi, teknologi dan ketenteraan, berbanding China, kata Presiden China Xi Jinping.
Tambah beliau, Parti Komunis perlu sedar bahawa sesetengah orang akan menggunakan kelebihan dunia Barat itu untuk menunjukkan kegagalan sistem sosialis.
Sejak berkuasa di China lebih enam tahun lepas, Jinping mempertingkat usaha untuk memperkuatkan disiplin dan kesetiaan yang menyeluruh dalam partinya, termasuk dengan membanteras aktiviti rasuah.
Usaha itu selaras dengan beberapa peristiwa berunsur ‘sensitif’ pada tahun ini seperti ulang tahun ke-30 protes berdarah di Tiananmen Square.
Pada Isnin, jurnal parti tersohor, Qiushi yang bermaksud ‘Mencari Kebenaran’, mengeluarkan beberapa petikan daripada ucapan Jinping dari 2013 yang memberi peringatan mengenai cabaran yang bakal dihadapi parti tersebut.
Memetik ahli falsafah Karl Marx dan Friedrich Engels, Jinping berkata bahawa sosialisme akan menghapuskan kapitalisme, namun ia akan mengambil jangka masa yang panjang.
Negara itu mengamalkan apa yang ia panggil sebagai satu sistem sosialisme dengan unsur-unsur China.
“China perlu menilai realiti yang objektif, iaitu negara-negara Barat yang maju lebih unggul dalam bidang ekonomi, sains dan ketenteraan, dan telah lama bersedia untuk semua aspek dalam kerjasama jangka lama dan perjuangan antara kedua-dua sistem sosial itu,” kata Jinping.
Beliau menambah, “Parti ini turut perlu menghadapi realiti yang mana sesetengah orang akan membuat perbandingan antara nilai-nilai positif di negara Barat dan kekurangan di negara sosialis ini.”
Jinping juga mengakui bahawa parti itu telah melakukan beberapa “kesilapan besar” seperti Revolusi Kebudayaan, yang mana anak-anak mengkhianati ibu bapa sendiri, dan pelajar kepada guru-guru mereka, selepas Mao Zedong mengisytiharkan perang antara kelas.
Namun, katanya, selain itu, sejarah parti itu secara keseluruhannya amat ‘mulia’.
Jinping menegaskan bahawa China perlu berpegang teguh kepada pembaharuan ekonomi yang dimulakan sejak 1978. Tanpanya, katanya, parti itu tidak mungkin boleh bertahan begitu lama.
“Kedua-dua sejarah dan realiti menunjukkan bahawa hanya sosialisme yang boleh menyelamatkan China.
"Hanya sosialisme dengan unsur-unsur China yang boleh membangunkan negara China. Ini adalah kesimpulan sejarah dan juga pilihan rakyat.”
Agensi
Tue Apr 02 2019
Menurut Presiden Xi Jinping, negara itu mengamalkan apa yang ia panggil sebagai satu sistem sosialisme dengan unsur-unsur China. REUTERS/Fail
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.