Berita  | Dunia

Nekad potong jari kerana salah undi parti

Nekad potong jari kerana salah undi parti
Pawan Kumar berkata, dia tersilap mengundi untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam rakaman video yang telah menjadi tular. - Foto Agensi via Sinar Harian
NEW DELHI: Seorang pengundi di India nekad memotong jari telunjuknya hanya kerana dia tersalah mengundi.

Pawan Kumar berkata, dia tersilap mengundi untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam rakaman video yang telah menjadi tular.

Menurutnya, dia mahu mengundi untuk Parti Serantau, namun keliru kerana terlalu banyak simbol pada mesin pengundian.
"Saya mahu undi gajah, tetapi tersalah mengundi bunga," ujarnya merujuk kepada simbol parti yang dipaparkan pada mesin pengundian bersebelahan dengan nama setiap calon.

Difahamkan, Kumar dari kasta Dalit menunaikan tanggungjawabnya di Bulandshahr di Uttar Pradesh di bawah peringkat kedua pengundian dalam pilihan raya umum pada Khamis lalu.

BJP menggunakan simbol bunga teratai manakala gajah digunakan sebagai simbol Parti Bahujan Samaj (BSP) yang bersekutu dengan dua parti serantau lain menentang parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pengundian pada Khamis lalu merupakan perkara paling penting bagi parti serantau yang menguasai politik di negeri mereka selain berdepan saingan dengan ahli politik tempatan yang berkarisma.

Seramai 900 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya di India yang diadakan secara tujuh peringkat yang mana kiraan undi akan dilakukan pada 23 Mei depan. - Agensi

Tag: Narendra Modi, India, Perdana Menteri, pilihan raya umum, mengundi, pilihan raya India, potong jari


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.