Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ugut akan 'mencederakan' rakyat Palestin sekiranya mereka melakukan serangan ke atas bandar Israel.

Menurutnya, negara itu ada satu peraturan mudah yang mana, jika ada mana-mana pihak yang cuba menyerang mereka, negara itu akan bangkit dan melakukan serangan semula.

“Kami tidak akan benarkan serangan berlaku di pintu sempadan Gaza dan Israel. Jika berlakunya serangan, kami akan membalas serangan itu,” katanya ketika melawat bandar Sderot yang dikatakan sasaran untuk diserang pasukan tentera Gaza seperti yang dilaporkan portal AFP.

Dalam pada itu, hari ke-10 protes yang berlaku di sepanjang sempadan Gaza dan Israel telah mengorbankan 31 anggota tentera Palestin.

Bagi Israel, mereka lakukan serangan bagi menghentikan ancaman di pintu sempadan dua negara itu.

Israel bagaimanapun mendakwa protes sengaja dilakukan sebagai taktik Hamas untuk melakukan serangan terhadap mereka dan membawa masuk penyelinap ke negara mereka untuk menjalankan kegiatan keganasan.