Seorang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 47 kenderaan di Kansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, tiga orang lagi dilaporkan cedera sementara sekurang-kurangnya 11 buah kenderaan lain mengalami kerosakan.

Kemalangan berlaku ketika salji lebat, menyebabkan jarak penglihatan terhad dan menjadikan jalan raya sangat licin.

Kemalangan itu bermula apabila sebuah trailer terbabas lalu melintangi jalan raya, sebelum sebuah kereta yang dinaiki mangsa maut merempuhnya, dan kenderaan lain turut merempuh trailer berkenaan.

Video kemalangan berkenaan dipercayai dirakam salah seorang saksi kemalangan berkenaan.