BERMULA dengan Hawaii, kini merebak ke Jepun.

Insiden tersalah hantar mesej amaran berhubung serangan nuklear umpama jadi satu trend.

Syarikat penyiaran Jepun, NHK menghantar mesej amaran berhubung serangan peluru berpandu Korea Utara, dan minta penduduk mencari perlindungan segera.

Amaran itu dikeluarkan menerusi platform media sosial termasuk Twitter, aplikasi perkhidmatan berita.

Mesej amaran itu menyebut, Pyongyang melepaskan peluru berpandu ke arah Jepun, dan ia juga minta penduduk berlindung.

Mesej ini bagaimanapun ditarik semula beberapa minit kemudian.

Kesilapan menghantar mesej amaran ini berlaku dua hari selepas insiden sama di Hawaii.

BACA: Penduduk Hawaii panik, terima mesej amaran serangan nuklear

NHK memadam muat naik status amaran itu selepas beberapa minit.

Ia juga mengeluarkan permohonan maaf secara langsung di televisyen.

NHK mendakwa kesilapan teknikal dalam menggunakan sistem amaran itu menyebabkan kesalahan itu berlaku.