Nigeria semalam mengumumkan perintah berkurung di Plateau selepas sekurang-kurangnya 70 maut dalam pertempuran dua kumpulan petani, hujung minggu lalu.

"Perintah berkurung berkuat kuasa mulai jam 6 petang hingga 6 pagi bagi memastikan keamanan di kawasan terbabit dan pasukan polis serta lain-lain pihak keselamatan sudah dimaklumkan dan diarahkan berjaga-jaga sepanjang tempoh berkenaan," kata Suruhanjaya Maklumat Plateau, Yakubu Dati.

Insiden keganasan membabitkan dua kumpulan petani, dipercayai berpunca daripada kekurangan tanah pertanian yang subur, mencetuskan pertempuran serta serangan balas yang mengorbankan ratusan mangsa di kawasan tengah negara itu.

Masalah keselamatan turut menjadi masalah utama kepada Presiden Muhammadu Buhari yang sebelum ini berjanji untuk memastikan kestabilan serta keamanan di negara itu

Sementara itu, di Jos, kira-kira 86 terbunuh dalam pertempuran membabitkan membabitkan dua kumpulan petani di tengah Nigeria.

Pesuruhjaya Polis Jos, Undie Adie, berkata kira-kira 86 mangsa ditemui mati ketika pihaknya menjalankan operasi mencari di kawasan perkampungan Berom susulan pertempuran yang berlaku pada Sabtu lalu.

Enam mangsa disahkan cedera, manakala 50 rumah musnah terbakar dalam insiden itu.

"Kesemua mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita. - Reuters/AFP