Sekurang-kurangnya 260 pejuang Kurdish dan militan Daish dibunuh tentera Turki dalam serangan empat hari di wilayah Afrin yang dikuasai Kurdish, di barat laut Syria, kata tentera Turki dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Operasi udara dan darat yang digelar 'Olive Branch' itu telah membuka laluan baru dalam perang saudara pelbagai pihak di Syria dan dijangka boleh mengancam rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menstabil dan membina semula kawasan besar di timur laut negara itu, iaitu kawasan di luar kawalan Presiden Bashar al-Assad.

Serangan udara dan darat tentera Turki dilihat mengancam pelan AS. Foto: Reuters

Washington membantu pasukan yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) untuk mengusir militan Daish di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Presiden AS Donald Trump merancang untuk menghubungi Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan mengenai serangan berkenaan, menurut pegawai kanan AS.

Presiden Perancis Emmanuel Macron juga menyuarakan rasa tidak puas hati, beberapa jam selepas Menteri Luar Turki mengatakan ia mahu mengelakkan pertembungan dengan pasukan pemerintah AS, Rusia atau Syria semasa serangannya, namun akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk keselamatan Turki.

Operasi Olive Branch berlangsung selama empat hari. Foto: Reuters

"Mengambil kira ketetapan keselamatan Turki, presiden menyatakan kepada rakan sejawatannya di Turki mengenai kebimbangannya selepas campur tangan ketenteraan yang dilancarkan pada Sabtu di Afrin."

Dalam pada itu, Erdogan memberitahu Macron, Turki telah mengambil semua langkah keselamatan bagi mencegah kecederaan orang awam dalam operasi Afrin itu, kata sumber di istana presiden.

Kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju untuk terus berhubung mengenai isu berkenaan.

Amerika Syarikat dan Rusia kedua-duanya mempunyai pasukan tentera di Syria yang menyokong pihak bertentangan dan meminta pengekangan pada 'Operasi Olive Branch' yang bertujuan menghancurkan YPG di wilayah Afrin dekat sempadan selatan Turki.

Operasi Olive Branch berlangsung selama empat hari. Foto: Reuters