Beberapa pelancong dan orang awam panik dan menjerit ketakutan apabila seekor harimau berkeliaran di sekitar bandaraya Paris.

Harimau yang merupakan haiwan bagi pertunjukan sarkas di kawasan sekitar dikatakan melarikan diri sebelum lolos ke bandaraya berkenaan.

Orang ramai yang terkejut lalu panik dengan situasi itu segera menjerit dan lari lintang pukang menyelamatkan diri.

Harimau dengan berat 200 kilogram itu kemudiannya berkeliaran di sebuah stesen keretapi.

“Seekor harimau terlepas. Sila kosongkan stesen ini,” satu amaran dikeluarkan oleh pihak pengurusan stesen keretapi tempatan.

Harimau tersebut kemudiannya ditembak, bagi mengelak risiko serangan binatang itu kepada orang ramai.

Polis berkata harimau itu ditembak oleh staf sarkas.

Gambar harimau yang ditembak itu kemudiannya tersebar di media sosial.

Sehingga kini, masih belum dikenal pasti bagaimana harimau tersebut terlepas.