Seekor orang utan di sebuah zoo di Bandung, Indonesia telah dirakam menghisap rokok di kawasan kepungannya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang awam.
AFP melaporkan, video yang dirakam pada Ahad lalu itu menunjukkan haiwan tersebut mengutip sebatang rokok yang sengaja dicampak ke dalam kawasan kepungannya oleh seorang pengunjung, dan kemudian mamalia itu menghisapnya seperti sudah biasa dengan tabiat itu.
Aksi orang utan berusia 22 tahun bernama Ozon itu begitu cepat menjadi tular di republik berkenaan.
Itu bukan kali pertama orang utan dilihat cuba menghisap rokok di Indonesia - iaitu sebuah negara yang mempunyai rekod buruk dalam hal perlindungan haiwan.
Pada 2012, seekor mawas di sebuah zoo lain menjadi 'penagih' nikotin selepas sering mengutip puntung rokok yang ditemuinya.
Jurucakap Zoo Bandung, Sulhan, pada Rabu berkata, insiden itu amat dikesali.
Tambahnya, memang terdapat petugas zoo yang mengawasi setiap kawasan kepungan haiwan, namun ketika itu dia terpaksa meninggalkan seketika kerana perlu ke tandas.
"Sebenarnya terdapat papan tanda amaran di zoo yang melarang pengunjung memberi makanan atau rokok kepada haiwan," ujar Sulhan.
Para aktivis hak haiwan mengutuk tindakan pengunjung berkenaan, serta menegaskan tentang kelemahan sistem pengurusan zoo di Indonesia.
Ini termasuk hal menjaga kebersihan, kawalan keselamatan, pengurusan pemakanan dan penyediaan kawasan yang kondusif.
Tahun lalu, para aktivis mendesak penutupan Zoo Bandung selepas sekumpulan beruang matahari dilihat meminta makanan dari pengunjung selain memakan najis sendiri.
Agensi
Wed Mar 07 2018
Imej dari sebuah video yang tular menunjukkan seekor orang utan selamba menghisap rokok. - Media sosial
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bandung isytihar kecemasan banjir sehingga 20 Januari
Status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.
[KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung
Empat pekerja kereta api maut dan lebih 20 penumpang cedera apabila tren jarak jauh Turangga Train dan tren komuter tempatan Tren Bandung Raya bertembung dekat stesen Cicalengka.
Ribuan anak ayam diberi kepada pelajar sekolah, alih perhatian daripada guna telefon pintar
Sejumlah 2,000 anak ayam berusia empat hari akan diagihkan kepada setiap murid sekolah rendah dan menengah rendah tidak lama lagi.
Orang utan di zoo Indonesia dirakam selamba hisap rokok
Rokok yang dipercayai sengaja ditinggalkan oleh pengunjung zoo tersebut telah diambil oleh orang utan itu, sekali gus mencetus pelbagai reaksi orang awam.
Gempa bumi Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Malaysia di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka.
Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik
Pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.
Pelajar Malaysia dirogol di Bandung, dibawa pulang hari ini
Mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.