Cara pemakaian tiada kaitan dengan rogol.

Itu yang ingin dibuktikan menerusi satu pameran di sini yang mempamerkan pakaian mangsa rogol ketika diserang.

Bertemakan 'Is It My Fault?' pameran anjuran Centre Communautaire Maritime itu antara lain meminjam pakaian daripada mangsa, termasuk baju tidur, seluar sukan dan gaun.

Malah, t-shirt kanak-kanak tertera 'My Little Pony' turut dipamerkan.

Ia sekaligus mempersoalkan hujah yang sering timbul yang mengaitkan mangsa rogol dengan cara pemakaian, termasuk menyalahkan si mangsa kerana berpakaian seksi, yang disifat mengundang tindakan rogol.

Pameran yang diadakan di Pusat Komuniti Molenbeek di Brussels itu mula dibuka dari 8 hingga 20 Januari 2018.