Sebuah bangunan kediaman tujuh tingkat dilaporkan runtuh di bandar Fortaleza, timur laut Brazil, pada Selasa, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Pihak berkuasa berkata, beberapa mangsa turut dipercayai terperangkap di bawah serpihan runtuhan tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Fortaleza, Cleyton Bezerra, setakat ini mangsa yang dilaporkan hilang adalah seramai sembilan orang.

Difahamkan, mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sedang berkomunikasi dengan ahli keluarga dan anggota penyelamat menerusi telefon bimbit.

Lima mangsa telah ditemui bersama satu mayat yang belum dikenal pasti identiti.

Sehingga kini, punca runtuhan bangunan tersebut belum didedahkan.