Di seluruh dunia, para pengkaji bintang memandang ke langit pada Jumaat malam hingga awal pagi Sabtu untuk melihat sekilas gerhana bulan terpanjang abad ke-21 yang berwarna merah atau dikenali bulan berdarah.

Gerhana bulan berlaku apabila Bumi terletak selari di antara matahari dan bulan. Ini bermakna cahaya matahari disekat oleh Bumi dan bulan meneruskan bayangannya.

Tiada penapis khas diperlukan untuk melindungi mata anda, yang menjadikan gerhana bulan berlainan daripada menonton gerhana matahari, menjadikan pemandangan ini benar-benar selamat untuk dilihat dengan mata kasar.

Bulan penuh atau bulan berdarah kelihatan dari Eropah, Rusia, Afrika, Timur Tengah, kebanyakan Asia dan Australia walaupun awan menyekat bulan di beberapa tempat.

Jumlah gerhana berlangsung 1 jam dan 43 minit, dengan keseluruhan gerhana berlangsung hampir empat jam.

Gerhana bulan kelihatan di belakang Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi. - Foto Reuters

Ahli Astronomi University of Cambridge menjelaskan kepada Reuters, gerhana itu digelar bulan berdarah kerana cahaya dari matahari melalui atmosfera bumi sebelum mengenai bulan.

"Manakala atmosfera mengubah warnanya merah, sama seperti matahari apabila terbenam," katanya.

Salah seorang astronomi bersemangat meninjau gerhana bulan di Jeti Marina, Singapura. - Foto Reuters

Bulan berdarah kelihatan ketika gerhana bulan di Perkampungan Raisting, Selatan Bavarian berhampiran Munich, Jerman. - Foto Reuters

Gerhana bulan dilihat dari belakang sebuah rumah di Minsk, Belarus. - Foto Reuters