Anggota Parlimen Eropah (MEPs) yang berkumpul bagi sesi pleno di sini pada Rabu menggesa Majlis dan Suruhanjaya Eropah mengutuk keputusan Jepun untuk meneruskan pemburuan ikan paus serta menangkap sejumlah 333 ikan paus rorqual kecil ketika musim 2015-2016, lapor agensi berita China Xinhua.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang mengarahkan Jepun pada 2014 untuk menghentikan "pembunuhan beramai-ramai tahunan ikan paus di Lautan Antartika," merumuskan bahawa aktiviti itu "tidak diamalkan untuk tujuan penyelidikan saintifik," bertentangan dengan indikasi oleh Tokyo, dakwa Parlimen Eropah.

Diheret ke mahkamah pada 2010 oleh Australia dengan sokongan New Zealand, organ kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sememangnya mengiktiraf program penyelidikan Jarpa II (Program Penyelidikan Paus Jepun di bawah Khas Permit di Antartika) hanya mematuhi standard komersial, bukan saintifik.