Berita  | Dunia

Parti ada hubungan dengan Thaksin dahului dalam PRU Thailand

Parti ada hubungan dengan Thaksin dahului dalam PRU Thailand
Thaksin Shinawatra, Perdana Menteri Thailand yang digulingkan. - Gambar fail
BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini mengesahkan keputusan Pilihan Raya Umum 24 Mac lepas dengan Parti Pheu Thai, parti yang ada hubungan dengan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan mendahului kedudukan dengan meraih 137 Kerusi.

Parti Pro-tentera Palang Pracharat yang menyokong Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha di tempat kedua dengan 97 kerusi, Bhumjaithai (39), Democrat (33), Future Forward Party (30).

Suruhanjaya itu mengesahkan keputusan 349 daripada 350 kerusi kawasan, hampir tujuh minggu selepas PRU itu diadakan. 

Pada sidang akhbar di sini, Timbalan Setiausaha Agung SPR Sawaeng Boonmee berkata satu pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan Chiang Mai berikutan "kad kuning" dikeluarkan kepada seorang calon  Pheu Thai atas kesalahan rasuah. 
BACA: Ceritalah Thailand: Perlu lebih dari sekadar kalkulator, untuk perbetul demokrasi

Senarai penuh anggota parlimen dijangka diumumkan menjelang 9 Mei.  

Sementara itu, Prayuth mengesahkan 15 anggota kabinet meletak jawatan hari ini.

Mereka termasuk Ketua Marsyal Udara Prajin Juntong, Timbalan Perdana Menteri Jen Chatchai Sarikulya, Menteri di Pejabat PM Suwaphan Tanyuvardhana, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Jen Surasak Karnjanarat, dan Menteri Buruh Jen Polis Adul Saengsingkaew.

BACA: Ceritalah ASEAN - Pilihan raya Thai: Apa Prayuth akan lakukan untuk kekal berkuasa?

Ini mencetuskan spekulasi bahawa mereka akan dilantik sebagai anggota senat.

--  BERNAMA